Pembinaan tembok konkrit di sempadan Amerika-Mexico, bendung PATI, penyeludupan dadah

2026-06-10     HaiPress

Tembok berkenaan bakal dilengkapi dengan sistem pengawasan elektronik

WASHINGTON,10 Jun – Pembinaan tembok konkrit di sepanjang sempadan Amerika Syarikat dengan Mexico dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung 2027.

RINGKASAN BERITA AI

Pesuruhjaya Kastam dan Perlindungan Sempadan,Rodney Scott ketika memaklumkan perkara itu menjelaskan projek pembinaan tembok itu merupakan agenda utama Presiden Donald Trump bagi membendung pendatang tanpa izin dan penyeludupan dadah dari Mexico.

“Tembok berkenaan bakal dilengkapi dengan sistem pengawasan elektronik serta pelbagai peranti lain yang dijangka dipasang sepenuhnya sekitar Julai atau selewat-lewatnya Ogos 2028,”katanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan penggunaan dron juga antara kaedah yang telah dilaksana bagi memantau rondaan di sempadan.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.