FAMA perkukuh langkah intervensi pastikan bekalan makanan negara stabil

2026-04-22     HaiPress

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri merasmikan program Jualan dan Promosi Harumanis di bangunan Busana@Menara MARA,hari ini. Foto RTM

KUALA LUMPUR,22 APRIL – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terus memperkukuh langkah intervensi bagi memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi serta harga berada pada paras stabil,susulan krisis bekalan global.

RINGKASAN BERITA AI

Tambahnya lagi,pelaksanaan Ladang Kontrak FAMA mampu menjamin pasaran yang lebih stabil kepada para petani,selain melindungi mereka daripada kejatuhan harga,sekali gus memastikan kelangsungan bekalan makanan negara.

Pada masa sama,beliau turut memaklumkan,situasi bekalan makanan negara semasa,masih terkawal.

“Pengguna tidak perlu bimbang kerana setakat ini tiada aduan besar berkaitan kekurangan bekalan makanan. Jika ada sekalipun,ia hanya melibatkan kes terpencil. Orang ramai disarankan untuk menyalurkan maklumat berkaitan gangguan bekalan makanan kepada pihak berkuasa.

“Sebarang isu bekalan akan ditangani dengan kadar segera melalui kerjasama dengan FAMA dan agensi berkaitan bagi memastikan bekalan makanan kekal mencukupi dan stabil,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.