ASEAN perlu tindakan serantau hadapi cabaran ekonomi, tenaga

2026-04-20     HaiPress

Prof. Datuk Dr. Sufian Jusoh

BANGI,20 April – ASEAN disarankan mengadakan mesyuarat khas melibatkan pemimpin dan menteri-menteri ekonomi bagi merangka tindak balas serantau yang lebih menyeluruh dalam menghadapi cabaran geopolitik semasa.

RINGKASAN BERITA AI

“Kita sedia maklum bahawa tahun lalu,semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN,isu keselamatan serantau termasuk keselamatan tenaga turut dibincangkan berikutan beberapa negara anggota ASEAN berdepan cabaran dalam pengurusan rizab bahan api mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Seminar Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 dan Laporan Dasar Fiskal ASEAN+3 di sini.

Dalam konteks Malaysia,beliau berpandangan pelaksanaan mandat biodiesel B15 sebagai langkah yang baik,namun menegaskan usaha lebih menyeluruh diperlukan termasuk mengurangkan penggunaan tenaga melalui pengangkutan awam serta memperkukuh kecekapan sistem sedia ada.

Pada masa sama,beliau turut menekankan keperluan menilai semula pendekatan subsidi bahan api memandangkan kos yang semakin meningkat berpotensi mempengaruhi kedudukan fiskal kerajaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.