GSF 2.0 lawan kegagalan sistem global, bukan sekadar pecah kepungan Gaza

2026-04-12     HaiPress

Datuk Seri Amirudin Shari (kiri),mengetuai misi kemanusiaan Malaysia bagi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza,Chef de Mission Sumud Nusantara,Nadir Al-Nuri Kamaruzzaman (tengah)

BARCELONA,12 April – Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 bukan sekadar bertujuan memecahkan kepungan di Gaza,sebaliknya menjadi simbol penentangan terhadap kegagalan sistem global dalam menangani krisis kemanusiaan di Palestin.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian dalam sidang medi sempena pelepasan misi GSF 2.0 di Moll de la Fusta,di sini.

Nadhir yang pernah menetap di Gaza dari 2013 hingga 2023 berkata,kepungan yang bermula sejak 2007 telah menafikan hak asas penduduk termasuk akses kepada rawatan,pendidikan dan kebebasan bergerak.

Menurutnya,situasi kini semakin meruncing dengan ribuan pesakit masih menunggu untuk keluar mendapatkan rawatan,malah ada yang meninggal dunia ketika menunggu di sempadan.

Pada masa sama,beliau menyeru negara-negara besar khususnya yang mewakili majoriti umat Islam agar memainkan peranan lebih tegas dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.

Misi tersebut menjadi lambang solidariti antarabangsa serta gesaan untuk perubahan terhadap sistem global yang disifatkan berat sebelah dan gagal melindungi hak kemanusiaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.