03-27
Trump tidak pasti sama ada AS mahu capai perjanjian dengan Iran
2026-03-27
HaiPress

Gambar grafik REUTERS
WASHINGTON,27 Mac – Presiden Donald Trump memberi bayangan pada Khamis yang beliau tidak pasti sama ada Amerika Syarikat (AS) bersedia mencapai perjanjian dengan Iran,walaupun beliau mendakwa Tehran berminat untuk berunding.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau turut menggesa Iran agar “bertindak serius dengan segera sebelum terlambat,” sambil memberi amaran yang tiada jalan berpatah balik dan situasi boleh menjadi buruk.
AS dilaporkan mengemukakan pelan 15 perkara kepada Iran,merangkumi program nuklear dan peluru berpandu balistik Tehran serta aspek keselamatan maritim di Selat Hormuz.
Iran bagaimanapun menolak cadangan itu dengan menyatakan bahawa sebarang gencatan senjata hanya akan berlaku mengikut syarat dan garis masa mereka,selain mengemukakan lima syarat termasuk penghentian sepenuhnya “pencerobohan dan pembunuhan.”
Ketegangan serantau meningkat sejak 28 Februari apabila AS dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran yang mengorbankan lebih 1,340 orang setakat ini,termasuk Pemimpin Agung,Ayatollah Ali Khamenei.
Iran kemudian bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.
Seramai 13 anggota tentera AS dilaporkan terbunuh manakala kira-kira 290 lagi cedera sejak operasi itu bermula. – BERNAMA-ANADOLU



