03-25
Trump, Modi bincang konflik Asia Barat, Selat Hormuz
2026-03-25
HaiPress

Foto AFP
NEW DELHI,24 Mac – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengadakan perbincangan melalui telefon dengan Perdana Menteri India Narendra Modi mengenai konflik Asia Barat serta isu Selat Hormuz,menurut Duta AS ke India pada Selasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu berulang kali yang menyasarkan Israel serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.
Laluan Selat Hormuz juga dilaporkan terjejas teruk sejak awal Mac. Kira-kira 20 juta tong minyak biasanya melalui laluan itu setiap hari,dan gangguannya telah menyebabkan kos penghantaran meningkat serta melonjakkan harga minyak global.
Pada Isnin,Trump berkata beliau telah mengarahkan penangguhan selama lima hari bagi semua serangan ke atas loji janakuasa dan infrastruktur tenaga Iran,dengan alasan wujudnya rundingan yang ‘sangat baik dan produktif’ dengan Tehran.
Bagaimanapun,pegawai-pegawai Iran menafikan sebarang rundingan telah berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini. -BERNAMA-ANADOLU



