Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan

2025-12-29     HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,27 Disember - Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran,kata seorang ahli ekonomi.

Pengarah Strategi Pelaburan dan EkonomiNegaraIPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkatakebanyakan pemangkin makroekonomi dan korporat telah ditetapkan harganya,peningkatanakhir tahun diunjurkanakan kehilangan momentum,manakala volum dagangan akan kekal lemah (rendah).

Beliau berkata pasaran akan ditutup pada Khamis untuk cuti Tahun Baharu dan sesi dagangan pada Jumaat dijangkatidak berubah.

“Walaupun begitu,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada di landasan betul untuk ditutup pada paras atas 1,643,sekali gus memberikan hasil positif pada2025.

"Ini adalah kali pertamaselepas tempoh pandemik,pasaran mencatatkan keuntungan dua tahun berturut-turut,mengukuhkan pandangan bahawa pasaran ekuiti Malaysia telah bergerak ke landasan struktur yang lebih kukuh," katanya kepada Bernama.

Imbas kembali,Bursa Malaysia ditutupminggu ini lebih rendah sedikit dalam persekitaran aktivitipengambilan untung,mengakhiri kenaikan lima hari berturut-turut.

Indeks penanda aras mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan,ditutup pada 1,678.31 pada Rabu.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat,FBM KLCI meningkat 11.20mata kepada 1,677.10 daripada 1,665.90pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas menokok55.06mata kepada 12,288.14,Indeks FBMT 100 naik 59.92mata kepada 12,090.67,Indeks FBM Emas Shariah melonjak79.91mata kepada 12,105.61,Indeks FBM ACE menambah44.91mata kepada 4,859.79,bagaimanpunIndeks FBM 70 turun10.62mata kepada 16,802.57.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 66.63mata kepada 19,628.38,Indeks Perladangan naik 8.36mata kepada 8,299.52,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat sedikit 3.64mata kepada 174.03,manakalaIndeks Tenaga menambah 3.21mata kepada 765.77.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 7.96bilion unit bernilai RM6.79bilion daripada 12.77bilion unit bernilai RM12.07bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama merosotkepada 4.64bilion unit bernilai RM6.16bilion berbanding 6.85bilion unit bernilai RM10.95bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran berkurangankepada 2.30bilion unit bernilai RM236.07juta daripada 4.45bilion unit bernilai RM566.59juta seminggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menguncupkepada 1.01bilion unit bernilai RM385.43juta daripada1.47bilion unit bernilai RM544.20juta.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.