Persiapan Melaka hadapi MTL pada tahap terbaik

2025-11-21     HaiPress

Foto RTM

MELAKA,21 November -Kesiapsiagaan kerajaan negeri mendepani Monsun Timur Laut pada tahap terbaik.

Exco Kanan Melaka,Datuk Rais Yasin berkata kerajaan negeri telah memastikan segala aset keselamatan dan pusat pemindahan sementara (PPS) dalam keadaan bersedia untuk digunakan.

Selain itu menurut beliau,mesyuarat berkala kesiapsiagaan bencana turut diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Azhar Arshad bersama semua agensi terlibat.

"Semua pegawai daerah yang merupakan pengerusi bencana di daerah masing-masing juga sudah siap siaga. Jadi sekiranya berlaku bencana dan ada keperluan membuka PPS,kita sudah bersedia," jelasnya.

Beliau pada masa sama menasihatkan masyarakat untuk sentiasa peka terhadap ramalan cuaca semasa,terutama penduduk di kawasan berisiko banjir.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.