11-21
Tidak semua jalan raya tanggungjawab JKR
2025-11-20
HaiPress

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen/RTM
KUALA LUMPUR,20 November -Kementerian Kerja Raya menegaskan tidak semua jalan raya dibawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR),sebaliknya melibatkan kerajaan negeri.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sekiranya jalan yang rosak merupakan Jalan Persekutuan,Prosedur Operasi Standard (SOP) kerja-kerja bagi membaiki lubang perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.
Sebaliknyajika jalan itu melibatkan jalan negeri,ia akan diselenggara oleh Syarikat Konsesi Penyelengaraan Jalan Raya Negeri dan terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri sepenuhnya.
Bagaimanapun JKR berfungsi memberi pandangan khidmat nasihat serta perkongsian kepakaran kepada kerajaan negeri melaksanakan kerja penyelenggaran melibatkan jalan di peringkat negeri.
"JKR Negeri Kelantan sentiasa memantau keadaan syarikat konsesi yang di lantik berdasarkan skop perjanjian yang telah dipersetujui.Antaranya diwajibkan melaksanakan pemeriksaan rutin secara berkala,termasuklah mengenal pasti jalan-jalan yang sering berlakulubang benam. Laporan akan di keluarkan setiapbulan dengan pemeriksaan kekerapan dalam seminggu sekali.
"Itu di peringkat negeri...jadi syarikat konsesimenyediakan anggaran kos pembaikan secara preventif jika diperlukan,JKR negeri akan memohonperuntukan daripada kerajaan negeri," beliau menjawab soalan wakil Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim yang meminta penjelasan tindakan kerajaanmengenai laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang di Kelantan,setelah ditutup sepenuhnya berikutan runtuhan tanah yang berlaku pada 17 November 2025.
Menurut Datuk Seri Alexander,ketika inikerja-kerja pembentungan sedangdijalankan oleh JKR Negeri yang dijangka siap Disember tahun ini.



