Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil, sokongan operasi BNM

2025-11-03     HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,3 November- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM28.82 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25.71 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik,terdiri daripada RM2.1 bilion untuk tujuh hari dan RM1.0 bilion untuk 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.9 bilion dan RM25.7 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.