Kadar pengangguran kekal 3.0% pada Julai 2025

2025-09-11     HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,10 September – Kadar pengangguran pada Julai 2025 kekal pada 3.0 peratus,bersamaan 521.6 ribu orang,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Namun,Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,79.8 peratus daripada jumlah penganggur terdiri daripada mereka yang aktif mencari pekerjaan.

"Jumlah penganggur aktif pula meningkat 0.4 peratus kepada 416.2 ribu orang berbanding 414.4 ribu orang pada Jun." katanya lagi.

Mengulas lanjut ujarnya,pasaran buruh terus berada pada trajektori positif,disokong penambahbaikan berterusan dalam ekonomi domestik meskipun berdepan ketidaktentuan global.

Jelas beliau,bilangan tenaga buruh pada Julai terus meningkat 0.2 peratus kepada 17.47 juta orang manakala,kadar penyertaan tenaga buruh pula kekal pada 70.8 peratus,sama seperti bulan sebelumnya.

“Bilangan penduduk bekerja juga terus meningkat dengan kenaikan 0.2 peratus kepada 16.95 juta orang berbanding16.92 juta orang pada bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau,75 peratus daripada jumlah penduduk bekerja pada Julai adalah terdiri daripada kategori pekerja,iaitu 12.71 juta orang,meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding 12.69 juta orang pada Jun.

Sementara itu,dari segi sektor ekonomi,sektor perkhidmatan terus mendominasi guna tenaga,terutama dalam subsektor perdagangan borong dan runcit,penginapan serta makanan dan minuman,selain maklumat dan komunikasi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.