AOC Malaysia Airlines dikembalikan kepada tempoh 3 tahun

2025-09-05     HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,5 September - Sijil Perakuan Pengendali Udara (AOC) bagi syarikat penerbangan Malaysia Airlines kini dikembalikan semula kepada tempoh tiga tahun.

Ketua Pegawai Operasi Malaysia Airlines,Kapten Nasaruddin A. Bakar berkata,perkara itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selepas syarikat tersebut melengkapkan proses auditnya.

“Kami baru sahaja melengkapkan audit baru-baru ini,dan banyak penambahbaikan telah dilaksanakan dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

"Penambahbaikan ini bukan sahaja melibatkan Malaysia Airlines,tetapi keseluruhan kumpulan penerbangan.

“Paling utama,kami sentiasa mengutamakan aspek keselamatan kerana itu adalah norma utama kami. Dengan itu,keseluruhan proses audit berjaya diselesaikan kira-kira dua bulan lalu,” katanya pada sidang media pengumuman laluan baharu MAG di sini,hari ini.

Ogos tahun lalu,CAAM mengurangkan tempoh pembaharuan AOC Malaysia Airlines daripada tiga tahun kepada setahun.

Ini susulan beberapa isu teknikal yang menyumbang kepada insiden pesawat termasuk kejadian terpaksa berpatah balik.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.