Gudang wayar dan perkakas elektrik di Bintulu terbakar

2025-09-05     HaiPress

Foto fail

BINTULU,4 September -Sebuah gudang penyimpanan wayar dan perkakas elektrik di Jalan Sibiyu,di sini terbakar dalam kejadian lewat pagi tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan,panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada 11.56 pagi,sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi,didapati 45 peratus ruang penyimpanan wayar dan perkakas elektrik musnah,manakala kebakaran turut merebak ke struktur bangunan dengan anggaran terbakar 20 peratus," menurut PGO.

Kebakaran berjaya dikawal hasil tindakan pantas anggota bomba menggunakan dua salur bantu mula serta dua nozel dengan sumber air dari jentera.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.