Karnival Sihat Hepili 2025 tingkat kesedaran kesihatan murid

2025-09-04     HaiPress

Pertandingan lompat tali antara yang sering mencuri tumpuan ramai susulan keunikan persembahan yang memerlukan gabungan kelajuan,kreativiti,cabaran dan seni gerakan / JKNS

SABAK BERNAM,3 September – Program Karnival Sihat HePiLI menjadi platform terbaik untuk menilai keupayaan dan kreativiti murid,sekali gus bertindak sebagai ejen penyampai mesej kesihatan kepada rakan sebaya.

Pegawai Perubatan,Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam,Dr. Aniza binti Miswan berkata,objektif utama karnival ini adalah untuk menyampaikan mesej kesihatan secara interaktif dan menarik kepada peserta.

"Karnival sebegini turut menyediakan ruang perkongsian ilmu antara guru,penyelaras dan murid bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam aktiviti promosi kesihatan. Karnival ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang disertai oleh murid-murid.

"Antaranya termasuk senam sihat,pertandingan lompat tali,pertandingan si cilik bercerita dan permainan interaktif Wellness on Wheel (WoW)," katanya dalam ucapan semasa karnival peringkat daerah Sabak Bernam itu yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang,baru-baru ini.

Dr. Aniza (tengah) bersama barisan pegawai terpenting dalam menjayakan Karnival Sihat HePiLI peringkat daerah Sabak Bernam,yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang,bulan lalu / JKNS
Tambah Aniza,pertandingan yang diadakan memberikan peluang terbaik kepada murid-murid untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka."Tahniah saya ucapkan kepada pihak pengurusan SK Pasir Panjang kerana turut melibatkan murid dan warga kerjanya dalam aktiviti seperti senam sihat dan permainan interaktif."Syabas juga diucapkan kepada semua murid,guru pengiring dan sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Ia sekali gus menunjukkan sokongan padu anda semua terhadap aspirasi Kementerian Kesihatan," jelasnya.Kejayaan penganjuran Karnival Sihat Hepili (Health Promotion in Learning Institutions) merupakan hasil kerjasama baik antara Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di daerah tersebut.

Seramai hampir 400 murid sekolah di daerah Sabak Bernam menyertai Karnival Sihat HePiLI yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang,bulan lalu / JKNS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.