KKM peroleh 91 ambulans baharu, atasi kelewatan pembekalan

2025-09-03     HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,3 September- Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan,penambahbaikan perolehan ambulans sedang dilaksanakan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan rawatan prahospital dan kecemasan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Lukanisman Awang memaklumkan,KKM kini sedang memperoleh 91 unit ambulans baharu melalui kelulusan khas Kementerian Kewangan.

Jelas beliau,kelewatan pembekalan sebelum ini berpunca daripada kegagalan kontraktor yang dilantik,namun kontrak berkenaan telah tamat.

“KKM dalam proses penerimaan sebanyak 91 unit ambulans secara luar kontrak selaras dengan kelulusan khas Kementerian Kewangan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Dr. Lingeshwaran R. Arunasalam di Dewan Negara.

Datuk Lukanisman memberitahu,ketika ini hampir 1,800 ambulans KKM berusia lebih enam tahun.

Sehubungan itu,kementerian telah memulakan proses perolehan 925 ambulans baharu jenis B secara berperingkat sejak Julai lalu.

Proses itu dilaksanakan melalui kaedah tender mengikut zon bagi memastikan pembekalan berjalan lancar dan teratur.

Langkah berkenaan diyakini dapat mengatasi kelewatan sebelum ini,sekali gus memastikan fasiliti kesihatan di seluruh negara menerima ambulans baharu tepat pada masanya demi kepentingan rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.