1,175 projek naik taraf sekolah daif dilaksana

2025-09-03     HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,3 September - Sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah seluruh negara dilaksanakan setakat Ogos tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh memaklumkan pelaksanaan projek-projek berkenaan melibatkan peruntukan RM12.477 bilion.

Daripada jumlah itu,756 projek telah siap,manakala 197 projek pada fasa bina dan 222 lagi pada fasa prabina.

"Bagi negeri Sarawak,kerajaan telah meluluskan sebanyak 390 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah dengan kos berjumlah RM3.847 bilion.

"Daripada jumlah tersebut,265 projek telah siap,60 pada fasa bina dan 65 pada fasa prabina," katanya.

Bagi di Parlimen Saratok termasuk DUN Kabong,Kalaka dan Krian,beliau memaklumkan kerajaan telah meluluskan sejumlah 16 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah melibatkan kos berjumlah RM269.76 juta.

Daripada jumlah tersebut,sebanyak 8 projek telah siap,3 projek pada fasa bina dan 5 projek pada fasa prabina.

Beliau menjawab soalan Senator Pele Peter Tinggom di Dewan Negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.