09-05
Pengisian MyKiosk 1.0 capai lebih 90 peratus
2025-09-03
HaiPress
Foto fail
KUALA LUMPUR,3 September- Projek MyKiosk 1.0 telah mencapai pengisian sebanyak 94.39 peratus,manakala MyKiosk 2.0 pula 89.07 peratus setakat ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Aiman Athirah Sabu berkata,baki pengisian yang belum selesai berpunca daripada faktor sampingan.
Antaranya,kesesuaian lokasi,kekurangan infrastruktur asas,serta keadaan tapak yang belum siap sepenuhnya.
“Justeru,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Pasukan Petugas Dalaman bagi meneliti kesesuaian lokasi.
Sesi libat urus diadakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar pengisian kiosk dapat diselesaikan dengan kadar segera,” katanya.
Beliau menjawab soalan dikemuka Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di Dewan Negara.
Tambah beliau,mulai tahun ini,sistem pemantauan berasaskan isyarat ‘Traffic Light’ dilaksanakan bagi menilai prestasi PBT.
Sekiranya MyKiosk berjaya mencapai pengisian penuh,PBT terlibat akan diberi markah penuh sebagai galakan.
Pada tahun 2023,kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi projek MyKiosk@KPKT yang menghasilkan 3,189 unit kiosk dengan kos RM48.18 juta.
Bagi tahun 2024 pula,kerajaan meluluskan peruntukan RM100 juta untuk pelaksanaan MyKiosk 2.0,yang melibatkan 4,054 unit kiosk dengan kos RM98.75 juta.