Sidang Kemuncak SCO: PM hadiri makan malam gala bersama pemimpin dunia

2025-09-01     HaiPress

Menghimpunkan 20 pemimpin dunia dan 10 ketua pertubuhan antarabangsa / Foto BERNAMA

TIANJIN,31 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam gala sempena Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025 di Pusat Konvensyen Tianjin Meijiang,malam ini.

Datuk Seri Anwar yang ditemani isteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,disambut Presiden China,Xi Jinping dan isteri beliau,Peng Liyuan,selaku tuan rumah serta Pengerusi Sidang Kemuncak SCO.

Dalam majlis itu,Xi Jinping turut mengucapkan tahniah kepada Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan yang diraikan hari ini,sambil menzahirkan komitmen memperkukuh hubungan dua hala dengan negara anggota.

Makan malam berkenaan menghimpunkan 20 pemimpin dunia dan 10 ketua pertubuhan antarabangsa.

Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden Rusia,Vladimir Putin; Perdana Menteri India,Narendra Modi; Presiden Iran,Masoud Pezeshkian; serta Perdana Menteri Pakistan,Shehbaz Sharif.

Turut serta ialah Presiden Turkiye,Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri Vietnam,Pham Minh Chinh; dan Perdana Menteri Kemboja,Hun Manet.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.