74 penghuni terjejas, 19 rumah tidak kekal di Tatau musnah dalam kebakaran

2025-08-25     HaiPress

Empat buah rumah tidak kekal di Jalan Kampung Melayu,Kampung Dagang di sini Tatau musnah dalam kebakaran pukul 10.08 pagi

TATAU,25 Ogos –74 penghuni terjejas selepas 19 rumah tidak kekal di Jalan Kampung Melayu,Kampung Dagang,Tatau musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada pukul 10.08 pagi.

19 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bersama BBP Bintulu bergegas ke lokasi kejadian menggunakan laluan sungai sejauh empat kilometer.

Komander Operasi,Pegawai Bomba Tinggi,Herudin Ealhi dalam satu kenyataan memaklumkan,sebuah rumah setinggan musnah seratus peratus,dua lagi rumah berdekatan hangus,manakala sebuah lagi rosak kira-kira 60 peratus.

"Operasi pemadaman dilaksanakan menggunakan sumber air sungai dan bantuan pam angkut penduduk kampung,selain membuat firebreak bagi mengawal api daripada merebak," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian itu,seorang lelaki dewasa melecur kira-kira 20 peratus di bahagian belakang badan dan telah dihantar orang awam ke Klinik Kesihatan Tatau sebelum pasukan bomba tiba.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.