08-08
14 rumah, empat kedai terbakar di Pantai Dalam
2025-08-08
HaiPress
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 Ogos - Sebanyak 14 rumah terlibat dalam insiden kebakaran di Jalan Pantai Dalam,Kuala Lumpur,malam tadi. Ia turut merebak ke empat premis kedai berhampiran.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai,PKPgB Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said,seramai 36anggota lain-lain pangkat digerakkan ke lokasi kejadian,melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Pantai,Hang Tuah,Seputeh dan Sri Hartamas.
"Sebaik sahaja pasukan tiba di lokasi,kebakaran telah memusnahkan sebahagian besar kawasan rumah setinggan dengan keluasan anggaran 100 x 80 kaki persegi.
"Sebanyak 14 buah rumah terlibat dalam insiden tersebut,dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus.
"Kebakaran turut merebak ke empat buah premis kedai berhampiran dengan keluasan anggaran 200 x 120 kaki persegi," katanya dalam satu kenyataan,hari ini.
Antara premis yang terjejas termasuk Pasaraya Karnival terbakar sebanyak 100 peratus,serta tingkat bawah Mydin Mart mengalami kemusnahan sebanyak 20 peratus.
Tiga buah kedai lain yang bersebelahan turut terjejas dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus
setiap satu.
Jelasnya lagi,kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.49 pagi dankebarakan tidak melibatkan kecederaan serius dan kematian.
Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran.