08-11
Belanjawan 2026: KPM tumpu aspek pemerkasaan institusi pendidikan khas
2025-08-08
HaiPress
Fadhlina Sidek ketika melakukan lawatan di reruai pameran pada Majlis Penyerahan Cek Cura Sekolah Autistik kepada 12 sekolah terpilih di Sekolah Sinar Harapan,Bukit Mertajam/ BERNAMA
BUKIT MERTAJAM,7 Ogos - Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberikan tumpuan khusus berhubung pemerkasaan institusi pendidikan untuk murid berkeperluan khas dalam Belanjawan 2026 yang dijadualkan dibentangkan pada 10 Oktober depan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata,KPM sedang mengadakan sesi libat urus berkaitan Belanjawan 2026 dan antara perkara yang diletakkan paling atas dalam keutamaan ialah peruntukan khusus bagi pendidikan khas.
"Jadi sebagai satu komitmen besar di peringkat Kerajaan MADANI,kita ada peruntukan belanjawan tahun lepas untuk institusi pendidikan swasta yang memberikan tumpuan kepada anak-anak berkeperluan khas.
"Hari ini kita bagi kepada 12 institusi dan ada lagi pemberian-pemberian lain,sumbangan-sumbangan lain yang akan kita teruskan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Cek Cura Sekolah Autistik kepada 12 sekolah terpilih di Sekolah Sinar Harapan di sini.
Pada majlis tersebut sebanyak 12 institusi pendidikan autisme dari Pulau Pinang,Selangor,Perak,Kelantan dan Johor menerima peruntukan serta sumbangan lain dan inisiatif itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menyokong keperluan sistem pendidikan untuk anak-anak berkeperluan khas.