08-12
Kerja pelebaran jalan Jambatan Pontian Besar bermula Oktober
2025-08-05
HaiPress
Kerja-kerja pembinaan dan pelebaran jalan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun/Foto Bernama
PONTIAN,5 Ogos - Kerja-kerja pelebaran jalan di Jambatan Pontian Besar,Johor bernilai RM49 juta bermula Oktober hadapan.
Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,kerja-kerja pembinaan itu dilaksanakan sepanjang 250 meter,dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Ia bakal dilengkapi mercu tanda ikonik kapal layar di kiri dan kananjalan,sebagai tarikan pelancong.
''Seperti kita tahu,Jambatan Pontian Sungai,Pontian Kecil sedang dibesarkan. Ia bagi menyuraian trafik dan mengelakkan isu 'bottle neck' dan bandar Pontian dapat dilalui dengan lebih cepat,'' katanya.
Projek Pembesaran Hospital Pontian juga akan dimulakan tahun ini dan diharapkan dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan berbanding jadual yang ditetapkan iaitu setahun.
Beliau ditemui semasa membuat lawatan kerja di Kementerian Kerja Raya Pontian,Johor.