08-11
MCMC siasat video eksploitasi gelandangan, janji tindakan tegas
2025-08-05
HaiPress
MCMC siasat video eksploitasi gelandangan,janji tindakan tegas / Foto Fail
CYBERJAYA,5 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung penyebaran sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.
Dalam satu kenyataan,MCMC memandang serius tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata demi hiburan murahan,menarik tontonan dan mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Menurut MCMC,penyebaran kandungan yang merendahkan atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika,malah boleh mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.