07-14
PM pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146
2025-07-14
IDOPRESS
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146,di Putrajaya/ Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,14 Julai - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146,di Putrajaya.
Menerusi hantaran di Facebook,Datuk Seri Anwar berkata,mesyuarat itu menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Selain itu katanya,ia secara khususnya bagi menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama.
"Melalui sinergi ini,kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar,menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan,” katanya.