KKM pandang serius kes sijil cuti sakit palsu

2025-07-08     HaiPress

Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kes sijil sakit palsu

PUTRAJAYA,8 Julai - Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius dakwaan kewujudan sindiket pengeluaran sijil cuti sakit palsu.

Menterinya,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,pihaknya beri jaminan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Datuk Seri Dr Dzulkefly merasmikan NPHC di Putrajaya,hari ini
"Saya baharu terima berita ini dan ia masih dalam siasatan,kami tidak akan ambil mudah mengenai perkara ini."Klinik Kesihatan Swasta berada di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHC) ke-12 bersempena Persidangan Saintifik ke-26,2025 di sini hari ini.Menurutnya,bagi pengamal perubatan am swasta pula,mereka di bawah seliaan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda,menunjukkan sijil sakit palsu yang dirampas dalam sidang media baru-baru ini

Pada 26 Jun lalu,polis berjaya membongkar kegiatan penipuan sijil cuti sakit palsu dan menahan tiga suspek di Sungai Petani,Kedah.

Mengulas mengenai cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya sijil cuti sakit dilaksanakan secara digital,beliau memaklumkan pihak kementerian sedang meneliti perkara itu secara mendalam.

"Kita sedang mengkaji cadangan itu. Kita lihat juga kepada amalan terbaik (best practices)," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.