Malaysia gesa dunia beri tumpuan kekejaman Zionis di Gaza dan Iran

2025-07-07     HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim

BRAZIL 7 Julai-Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa agar tidak terus membisu terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza serta tindakan agresif terhadap rakyat Iran.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perkara itu dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak BRICS yang berlangsung di sini pada Ahad.

Datuk Seri Anwar menyifatkan kegagalan komuniti antarabangsa menangani pembunuhan beramai-ramai di Gaza dan kekejaman terhadap Iran sebagai bukti ketara bahawa sistem global kini sedang runtuh bawah tekanan realiti baharu geopolitik.

"Pendirian Malaysia adalah jelas,multilateralism amat penting untuk kestabilan global,kemakmuran bersama dan maruah kedaulatan sesebuah negara.

Justeru,Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Brazil atas peluang menyertai Sidang Kemuncak ini sebagai negara rakan BRICS dan menyumbang kepada perbincangan penting ini," katanya.

Di samping itu,Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Brazil,Lula da Silva,atas kepimpinan berani menyuarakan keadilan global melalui BRICS.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.