Niaga hadapan FBM KLCI dibuka rendah

2025-07-07     HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,7 Julai - Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah,hari ini.

Pada 9.30 pagi,kontrak Julai 2025 dan September 2025,masing-masing merosot 9.0 mata kepada 1,540.50 dan 1,519.50,Ogos 2025 berkurangan 8.5 mata kepada 1,539.0 dan Disember 2025 susut 10 mata kepada 1,517.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,068 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 32,956 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI merosot 12.49 mata kepada 1,537.60 selepas 49 minit dagangan daripada 1,550.19 pada Jumaat lepas. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.