07-04
Bot tunda bersama lapan kru Indonesia ditahan di Bintulu
2025-07-04
HaiPress
Bot tunda dikesan di perairan Batu Kura-Kura.
BINTULU,3 Julai - Sebuah bot tunda bersama lapan kru warga Indonesia ditahan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu semalam kerana gagal memaklumkan pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal.
Pengarah Zon Maritim Bintulu,Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata,bot tersebut dikesan pada pukul 2.00 petang di perairan Batu Kura-Kura menerusi rondaan Op Tiris dan Op Permai.
Bot bersama kesemua kru dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Maritim Malaysia Bintulu untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 22(2A) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana gagal mengemaskini maklumat nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal.
Tindakan ini selaras dengan usaha Maritim Malaysia memantau aktiviti perkapalan dan keselamatan di perairan negara.