06-27
Rasionalisasi subsidi RON95, guna cara tersusun dan baik
2025-06-27
IDOPRESS
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,26 Jun – Pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 akan tetap diteruskan tahun ini,menerusi pendekatan yang bersesuaian secara berperingkat.
Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,kerajaan masih di peringkat akhir dalam memuktamadkan reka bentuk dan perincian mekanisme yang akan digunakan.
“Kita akan laksanakan tahun ini. Tapi paling penting,seperti yang saya tegaskan sejak awal,kita mahu lakukan dengan cara yang tersusun dan baik,sebagaimana yang telah dilaksanakan untuk diesel,” katanya selepas Majlis Peluncuran Insiatif Belanjawan 2025.
''Dari segi dasarnya,kerajaan tidak akan mengenakan tahap yang tinggi dan akan memastikan majoriti rakyat Malaysia tidak akan terbeban dengan langkah penyasaran RON95,seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Pelaksanaan subsidi bersasar RON95 merupakan sebahagian daripada agenda reformasi fiskal negara bagi memastikan pengurusan subsidi lebih cekap dan adil,tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.