06-25
5 rumah rosak, bumbung diterbangkan angin kencang
2025-06-24
HaiPress
Foto MAIPs
KANGAR,23 Jun- Lima rumah mengalami kerosakan teruk susulan kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Perlis,kira-kira pukul 8 malam tadi.
Dua rumah yang terjejas,masing-masing di Wang Bintong dan Ulu Pauh serta sebuah rumah yang terletak di Sungai Berembang,Simpang Empat.
Ketua Pegawai Eksekutif,Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs),Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan pihaknya telah turun ke lokasi sebaik kejadian berlaku.
"Maklumat diperoleh daripada pengurusan masjid di setiap kawasan terjejas.
"MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini sedang menyelaras serta mengemaskini anggaran sebenar kerosakan setiap rumah terlibat berdasarkan laporan dan tinjauan ke setiap rumah terjejas," demikian menurut kenyataan Mohd Nazim.
Menurut beliau,pihak yang terjejas diminta segera membuat laporan polis dan mengemukakan laporan berserta gambar kejadian kepada JKM.