NICE 2025 tawar lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada graduan, pencari kerja

2025-06-24     HaiPress

Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli

PAUH,23 Jun- Lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada graduan dan pencari kerja sempena Northern Industrial Career Engagement (NICE) 2025 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),yang merupakan sebahagian daripada festival mega iFuture@UniMAP 2025.

Menurut Naib Canselor UniMAP,Datuk Profesor Dr Zaliman Sauli,program kali ini melibatkan penyertaan51 rakan industri strategik termasuk syarikat antarabangsa seperti United Microelectronics Corporation Singapore.

"Saya lihat networking ini begitu baik sekali antara unimap,terutamanya fakulti dengan pihak industri.

"Saya juga dimaklumkan dalam program kali ini banyak industri yang pertama kali datang ke UniMAP. Ini menunjukkan kepercayaan pihak industri kepada graduan UniMAP," katanya kepada pemberita di sini

Antara peluang pekerjaan ditawarkan termasuk dalam bidang semikonduktor,tenaga boleh diperbaharui,automasi,dan ekonomi digital.

Usaha dilaksanakan UniMAP bersama pihak industri ini sebagai menyokong bilangan jurutera khususnya dalam negara.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan negara memerlukan kira-kira 60,000 jurutera setahun berbanding sekitar 6,000 jurutera dihasilkan ketika ini.

UniMAP komited membantu untuk merapatkan jurang ini melalui pelbagai inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),kecerdasan buatan (AI),Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) serta program peningkatan kemahiran sedia ada selain mempelajari kemahiran baru untuk beralih ke bidang pekerjaan berbeza yang dirangka bersama industri.

Menurut Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),NICE 2024 mencatat 98.9 peratus kadar kebolehpasaran graduan UniMAP tertinggi dalam kalangan syarikat multinasional (MNCs).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.