06-24
Kehilangan besar buat keluarga, seluruh rakyat Sarawak
2025-06-23
IDOPRESS
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Kerajaan Persekutuan menziarah dan mengucapkan takziah kepada Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg - FB Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,23 Jun - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Kerajaan Persekutuan hadir menziarah keluarga Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching,Sarawak hari ini bagi menyampaikan ucapan takziah pemergian isteri beliau,Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang.
Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya,Datuk Seri Ahmad Zahid turut menyatakan solidariti serta doa seluruh warga Malaysia atas pemergian Allahyarham.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) turut menyatakansolidariti serta doa seluruh warga Malaysia - FB Zahid Hamidi
"Salam takziah saya ucapkan kepada sahabat seperjuangan saya,Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Openg,atas pemergian isteri tercinta,Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Haji Bujang."Pemergian insan tercinta yang telah menjadi teman hidup setia,pendamping dalam suka dan duka serta penyokong utama dalam perjalanan kepimpinan Premier pastinya satu kehilangan yang amat besar dan mendalam," katanya.Beliau berkata,Allahyarham dikenali sebagai seorang wanita yang lemah lembut,penuh budi pekerti serta amat dekat dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan,khususnya dalam memperkasa wanita dan komuniti di Sarawak.Menurutnya,kehilangan beliau bukan sahaja dirasai oleh keluarga terdekat,malah turut diratapi oleh seluruh rakyat Sarawak yang amat menghargai jasa dan sumbangan beliau selama ini."Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat,diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan para solihin."Semoga Premier dan seluruh keluarga dikurniakan kekuatan,ketabahan serta reda dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini," katanya.Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkesempatan menunaikan solat jenazah - FB Zahid Hamidi
Beliau turut berkesempatan menunaikan solat jenazah.
Sementara itu,Timbalan Perdana Menteri ll,Datuk Seri Fadillah Yusof turut merakam ucapan takziah.
Datuk Seri Fadillah Yusof merakamkan ucapan takziah kepadaPremier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg - FB Fadillah Yusof
"Amat sedih dan dukacita atas kembalinya kerahmatullah Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tuanku Hj Bujang,isteri kepada Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abg Hj Abdul Rahman Zohari Tun Openg,pada jam 3.34 pagi,23 Jun 2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446 di Pusat Perubatan Normah,Kuching.
"Ia satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga Almarhumah tetapi juga seluruh rakyat Sarawak," katanya dalam satu hantaran di Facebook.