06-25
PM Anwar dukacita pemergian isteri Premier Sarawak
2025-06-23
HaiPress
Poster ucapan takziah Perdana Menteri untuk Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang
KUALA LUMPUR,23 Jun - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian isteri kepada Premier Sarawak,Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.
Datuk Seri Anwar berkata beliau dan isteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut bersimpati dengan keluarga Allahyarhamah,khususnya Premier Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg.
“Saya dan Azizah berduka menerima khabar pemergian Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani awal pagi tadi.
“Seluruh ingatan kami pada keluarga Allahyarhamah,terutama buat Abang Jo yang baru saya temui semalam. Moga terus sabar dan tabah menerima ujian ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurut Anwar,beliau sekeluarga turut mendoakan agar roh Allahyarhamah diampunkan segala dosanya dan dikurniakan tempat yang istimewa di sisi Allah SWT.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada 3.34 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching pada usia 76 tahun.
BERITA BERKAITAN
Isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma'ani meninggal dunia