Perdagangan Malaysia 2024 cecah RM2.9 trilion, IKP meningkat ke 149.0 - DOSM

2025-06-17     IDOPRESS

Foto Fail

PUTRAJAYA,16 Jun- Indeks Keterbukaan Perdagangan (IKP) Malaysia bagi tahun 2024 meningkat kepada 149.0,mencerminkan momentum positif dalam perdagangan antarabangsa.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan memaklumkan Statistik Perdagangan Malaysia mengikut negeri 2025 (rujukan tahun 2024) merekodkan jumlah perdagangan negara sebanyak RM2.9 trilion,terdiri daripada eksport bernilai RM1.5 trilion dan import sebanyak RM1.4 trilion.

Pulau Pinang dan Johor kekal sebagai penyumbang utama dengan masing-masing mencatat IKP tertinggi pada 2023 iaitu 542.6 dan 326.8.

Prestasi eksport negara menunjukkan peningkatan 5.7 peratus manakala import melonjak 13.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pulau Pinang,Selangor,Johor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak menyumbang 81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan perdagangan Malaysia bagi tahun 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.