PM terima kunjungan hormat Pengerusi SUHAKAM

2025-06-17     IDOPRESS

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,17 Jun – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam,menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM),bagi membincangkan pelbagai isu penting berkaitan hak asasi manusia yang memberi kesan langsung kepada rakyat pelbagai lapisan di negara ini.

Menerusi laman Facebooknya,Datuk Seri Anwar berkata,pertemuan tersebut turut menyentuh pencapaian SUHAKAM serta cabaran semasa yang semakin kompleks,terutamanya kesan perubahan teknologi dan sosial yang memerlukan pendekatan lebih menyeluruh dan bersepadu.

Tambah beliau,perkembangan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan digitalisasi menimbulkan dimensi baharu dalam usaha menjamin serta melindungi hak asasi manusia,termasuk keperluan memberi perhatian khusus terhadap hak asasi kanak-kanak yang semakin terdedah kepada risiko baharu.

Perdana Menteri turut menyuarakan harapan agar SUHAKAM terus menjadi sebuah institusi berwibawa dan progresif dalam memperjuangkan hak golongan rentan,selain memperkasa agenda hak asasi sejajar dengan aspirasi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.