06-17
Pencerobohan bot tunda, Jabatan Perikanan Pulau Pinang tambah baik tindakan
2025-06-17
IDOPRESS
Kekerapan pemantauan bagi mengatasi pencerobohan bot-bot tunda / Foto Jabatan Perikanan Pulau Pinang
GEORGE TOWN,16 Jun - Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang menambah baik tindakan,susulan laporan siasatan pengurusan penguatkuasaan terhadap aduan pencerobohan bot tunda.
Pengarahnya Zarina Zainuddin dalam satu kenyataan berkata,langkah itu dilaksana selepas mengambil serius syor penambahbaikan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Beberapa langkah susulan akan terus dilaksanakan.
Antaranya meningkatkan kekerapan pemantauan tugasan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan melaksanakan audit dalaman pengurusan buku log penguatkuasaan.
Selain itu,melakukan semakan semula SOP berkaitan penerimaan aduan yang disertakan bukti video.
"Sepanjang 2024,terdapat 7 aduan rakaman video berhubung pencerobohan kawasan penangkapan ikan oleh bot pukat tunda.
"Sebanyak 13 bot telah disiasat dan dikompaun sebanyak RM6000,selain dituduh di mahkamah." katanya dalam kenyataan.
Tujuh bot tunda Zon C turut ditahan dan dikenakan kompaun.
Turut dirampas hasil lelongan ikan bernilai RM41,200.
Penggantungan lesen vessel,rampasan peralatan dan larangan pindah milik vessel turut dikenakan.