Program digitalisasi diteruskan di 38 SDK

2025-06-17     HaiPress

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari pada Majlis Peluncuran Program Digitalisasi SDK di Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim,Kluang,Johor.

KLUANG,17 Jun - Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan meneruskan program digitalisasi secara berfasa di 38 buah sekolah di dalam kem Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) di seluruh negara bermula tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari berkata,inisiatif itu disokong rakan strategik dan pemain industri berkenaan bagi membudayakan teknologi kreatif dalam kalangan anak-anak warga kerja pertahanan.

Setakat ini sebanyak tiga buah sekolah dalam kem (SDK) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim,SK Kementah dan SK TUDM,Subang,menjadi perintis program berkenaan melibatkan peruntukan RM94,000.

"Tahun ini kita memang telah mencapai sasaran tiga buah sekolah,bagaimanapun kita akan cuba menyasarkan lebih banyak sekolah lagi untuk tahun depan. Program ini akan diteruskan berdasarkan kepada maklum balas daripada pihak sekolah. Buat masa ini tiga sekolah telah dimuktamadkan," katanya.

Beliau memaklumkan demikian selepas Majlis Peluncuran Program Digitalisasi SDK di Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim,Johor.

SDK bertujuan memperkasa sekolah-sekolah dalam kawasan kem tentera selaras dengan perkembangan teknologi dan dasar pendidikan digital negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.