Malaysia-ICESCO perkukuh hubungan strategik dalam pendidikan, teknologi

2025-06-17     HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA,17 Jun – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam,menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Pertubuhan Dunia Islam bagi Pendidikan,Sains dan Kebudayaan (ICESCO),Dr Salim M AlMalik di Putrajaya.

Pertemuan itu memberi tumpuan kepada potensi kerjasama lebih menyeluruh antara Malaysia dan ICESCO,khususnya dalam bidang pendidikan,teknologi dan pemeliharaan warisan merentasi negara-negara Islam dan ASEAN.

Datuk Seri Anwar dalam satu kenyataan di laman facebooknya berkata,pejabat ICESCO yang berpangkalan di Rabat dan dianggotai lebih 50 negara,memainkan peranan penting dalam memajukan sektor pendidikan,sains dan kebudayaan di dunia Islam menerusi jaringan kerjasama yang luas.

Perdana Menteri turut memaklumkan beliau menyambut baik pelbagai inisiatif strategik yang sedang digerakkan oleh ICESCO,termasuk tumpuan kepada bidang masa depan seperti pensijilan latihan kecerdasan buatan (AI),pendigitalan dan teknologi baharu yang menjadi keutamaan negara-negara membangun.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.