Mayat di tapak pembinaan disahkan warga Britain

2025-06-06     IDOPRESS

Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Rusdi Mohd Isa / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,5 Jun - Polis mengesahkan mayat yang ditemukan di tapak pembinaan di Bangsar,Kuala Lumpur semalam adalah jasad lelaki warga Britain yang dilaporkan hilang dua hari lalu.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Rusdi Mohd Isa,mayat dikenal pasti oleh bapa saudaranya berdasarkan tatu pada tubuh si mati.

Hasil bedah siasat mendapati kematian disebabkan kecederaan dada akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” menurut kenyataan.

Mangsa,Johnson-Doyle tiba di Malaysia dari Vietnam pada 17 Mei lalu.

Lokasi terakhir dia dikesan sebelum dilaporkan hilang adalah di Bangsar.

Mayatnya ditemukan dalam keadaan tertiarap di bahagian lif tingkat bawah sebuah tapak pembinaan bangunan di Bangsar Hill Park,petang semalam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.