Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS sekat pelaksanaan tarif

2025-05-30     IDOPRESS

Foto hiasan

MOSCOW,29 Mei- Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk menyekat pelaksanaan tarif menyeluruh oleh Presiden Donald Trump.

Trump didapati melampaui kuasanya dalam mengenakan cukai import secara menyeluruh terhadap negara-negara yang mengeksport lebih banyak ke Amerika Syarikat,berbanding import.

"Perintah tarif menyeluruh dan timbal balas ini melebihi kuasa yang diberikan kepada Presiden oleh Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) untuk mengawal import melalui tarif.


''Oleh itu,perintah tarif ini akan dibatalkan dan pelaksanaanya dihentikan secara kekal,'' menurut kenyataan Mahkamah Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (AS).

Keputusan itu mendapat respon positif pasaran kewangan dengan nilai dolar Amerika Syarikat melonjak berbanding mata wang utama lain.

Niaga hadapan Wall Street dan pasaran saham Asia turut mencatatkan kenaikan.

Susulan keputusan itu,pentadbiran Trump memfailkan notis rayuan dan mempersoalkan bidang kuasa mahkamah tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.