Dua premis diarah tutup, 32 notis dikeluar MBSP dalam operasi bersepadu di Perai

2025-05-30     IDOPRESS

Foto- Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

PERAI,30 Mei - Dua premis perniagaan diarah tutup,manakala 32 notis serta kompaun dikeluarkan dalam operasi bersepadu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di sini,petang semalam.

MBSP dalam hantaran di facebook memaklumkan,sebanyak lapan premis perniagaan diperiksa dalam operasi yang dijalankan antara pukul 3 hingga 6 petang itu.

Arahan penutupan dikenakan ke atas dua premis atas kesalahan di bawah Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974.

Tindakan penguatkuasaan turut melibatkan kesalahan berkaitan syarat lesen perniagaan dan pemilikan premis oleh warga asing.

Operasi itu dijalankan dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.