05-28
ASEAN disaran perkukuh daya saing melalui digitalisasi, kerjasama strategik
2025-05-27
IDOPRESS
Pakar Geostrategis,Profesor Dr. Azmi Hassan / Foto RTM
KUALA LUMPUR,27 Mei – ASEAN perlu terus memperkukuh daya saing serta kebergantungan strategik dalam menghadapi cabaran global,khususnya melalui pemanfaatan teknologi digital dan kesiapsiagaan strategik.
Pakar Geostrategis,Profesor Dr. Azmi Hassan berkata teknologi berasaskan digital kini menjadi teras utama kepada pertumbuhan ekonomi moden,menjadikan kerjasama teknologi satu keperluan mendesak.
“Teknologi tinggi,termasuk kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT),bukan sahaja mempercepatkan pembangunan ekonomi,malah mengukuhkan kedudukan rantau ini dalam landskap geopolitik global,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri,Kota Media,di sini.
Menurut beliau,ASEAN perlu mengambil peluang daripada negara-negara berteknologi tinggi seperti China dan Rusia melalui pemindahan teknologi secara strategik.
“Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) baru-baru ini merupakan langkah penting yang memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang teknologi. Perjanjian ini membuka laluan kepada pemindahan teknologi secara menyeluruh dari China ke negara-negara ASEAN dengan kos lebih rendah dan syarat yang lebih fleksibel,” katanya.