Semak, teliti latar belakang pengendali badal haji untuk elak tertipu

2025-05-27     IDOPRESS

Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR,27 Mei- Umat Islam sekali lagi diingatkan agar berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu latar belakang pengendali yang menawarkan perkhidmatan badal haji.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa,Jabatan Wakaf,Zakat dan Haji (JAWHAR),Baharuddin Malek berkata kurang maklumat tentang syarat dan tatacara pelaksanaannya antara faktor mereka mudah terpedaya dengan tawaran pakej berkenaan.

"Kena betul-betul selidik dan siasat pengendali badal haji ini. Jangan mudah terpedaya dengan pakej murah yang ditawarkan. Ini kerana pihak berkuasa haji Arab Saudi telah menetapkan caj yang dikenakan selain pihak pengendali sendiri perlu ada permit," katanya ketika ditemui pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di sini,hari ini.

Menurutnya lagi ibadah yang dilakukan tanpa cukup syarat adalah tidak sah.

Antaranya pelaksana belum menunaikan haji untuk diri sendiri,tidak berada di Tanah Suci serta tidak memahami rukun dan wajib haji dengan sempurna.

Justeru,mana-mana pihak yang ingin melaksanakan badal haji disaran supaya merujuk pihak berkuasa bagi mengelak daripada tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab .

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.