Bursa Malaysia dibuka rendah

2025-05-27     HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,26 Mei- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan oleh akitiviti pengambilan dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas penurunan Wall Street susulan ancaman tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap Kesatuan Eropah (EU),kata penganalisis.

Pada jam 9.15 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata atau 0.12 peratus kepada 1,533.45 daripada 1,535.38 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.95 mata kepada 1,536.33.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 227 berbanding 122 manakala 329 kaunter kekal tidak berubah,1,752 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 237.79 juta unit bernilai RM97.58 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen sekali lagi tidak dapat diselesaikan oleh faktor ketegangan perdagangan yang berterusan berikutan ancaman tarif terhadap EU termasuk cadangan tarif 50 peratus ke atas semua import dari EU serta 25 peratus pada i-Phone yang bukan buatan AS.

“Di peringkat tempatan,kami jangka dana asing mungkin kembali sebagai pembeli selepas beberapa hari jualan.

"Untuk hari ini,kami mengunjurkan indeks akan bergerak dalam mod berhati-hati antara 1,525-1,540," katanya kepada Bernama.

Sementara itu,Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan bursa tempatan akan memulakan minggu ini dengan positif berikutan lanjutan tarikh akhir tarif EU oleh Presiden AS Donald Trump walaupun prestasi lemah di Wall Street.

“Perhatian pasaran juga akan diberikan pada Sidang Kemuncak ASEAN dalam tempoh dua hari ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank menambah satu sen kepada RM9.89,CIMB meningkat dua sen kepada RM6.96,bagaimanapun IHH Healthcare jatuh dua sen kepada RM6.88,manakala Public Bank dan Tenaga Nasional tidak berubah masing-masing pada RM4.40 dan RM14.

Bagi saham aktif,Harvest Miracle dan OCR Group tidak berubah masing-masing pada 18 sen dan 3.5 sen,Eco-Shop merosot satu sen kepada RM1.19,Oppstar merosot tujuh sen kepada 44 sen dan Sarawak Cable berkurangan 0.5 sen kepada 1.5 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas turun 20.13 mata kepada 11,453.92,Indeks FBMT 100 jatuh 18.87 mata kepada 11,214.13,Indeks FBM ACE merosot 18.64 mata kepada 4,597.30,Indeks FBM Emas Shariah turun 27.89 mata kepada 11,398.32 dan Indeks FBM 70 menguncup 46.85 mata kepada 16,303.41.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 7.75 mata kepada 18,110.33,Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.47 mata kepada 153.57,Indeks Tenaga tidak berubah pada 710.77 mata dan Indeks Perladangan merosot 15.53 mata kepada 7,314.78.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.