Lembaga Koko Malaysia pacu R&D koko untuk meningkatkan daya saing industri

2025-05-27     HaiPress

Foto ihsan FB Johari Abdul Ghani

KOTA KINABALU,27 Mei - Kerajaan menerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM)memainkan peranan penting memacu penyelidikan dan pembangunan (R&D) koko untuk meningkatkan daya saing industri itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pusat R&D LKMmengkhususkan dalam penanaman koko,pemprosesan lepas tuaian,pembiakan biji benihdan pengurusan,serta kawalan kualiti danpembangunan produk.

"Usaha kitadalam sektor huluan terus membuahkan hasil dengan pengeluaran biji koko meningkat sebanyak 65 peratus daripada 269 tan metrik kepada 445 tan metrik tahun lepas," katanya dalam ucaptama beliau pada majlis pelancaran Pameran Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025,di sini,hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan KomoditiDatuk Chan Foong Hin,Pengerusi MCB Datuk Matbali Musah dan Ketua Pengarah MCB Datuk Dr Ramle Kasin.

Johari berkata Malaysia perlumenghidupkan semulapengeluaran koko tempatan untuk mengurangkan secara beransur-ansur ketidakseimbangan antara sektor hiliran yang pesat membangundan pasaran huluan.

Beliau berkata tumpuan diberikan kepada jeniskoko premium seperti biji kokoperisa halus,biji koko asaldan biji kokoorganik untuk memenuhi permintaan kualiti global.

"Untuk menyediakanrantaian bekalan koko yang mampan dan bertanggungjawab,kita akan terus menumpukan kepadaSistem Kebolehkesanan Koko Kebangsaan yang sedang diusahakan ketika ini.

"Setelah selesai kelak,saya menggalakkan mereka yang mengimport biji koko untuk membawa sistem ini ke negara sumber mereka dan bekerjasama dengan petani di sana untuk melaksanakankelestarian di peringkat perladangan," katanya.

Sementara itu,Johari berkata Malaysia komited untuk mencapai pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2030,mengurangkan pelepasan gas metana sebanyak 30 peratusdan mengekalkan litupan hutan tidak kurang daripada 50 peratus.

Sehubungan itu,katanya,kerajaan telah melaksanakan dasar melarang penyahhutanandan memberi tumpuan kepada amalan pertanian yang baik dengan bahan tanaman berkualiti.

“Kitamemulakan amalan perladangan lestariyang akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi dan harga premium untuk petani pada masa hadapan sambil melindungi alam sekitar dan hutan kita,” katanya.

MICF 2025 anjuran LKM yang berlangsungdari 24-27 Mei,menampilkan pameran,persidangan,makan malam kebudayaan,padanan perniagaan dan forumperniagaan.

.Acara itu berjayamenarik 1,000 peserta dari 16 negara,yang disertaipemimpin industri,penyelidik,pelabur dan pihak berkepentingan kerajaan untuk menerokatrend dan teknologi terkini dalam industri koko. - Bernama

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.