Datuk Fahmi ucap takziah atas pemergian legenda penyiaran Yahya Longchik

2025-05-27     HaiPress

Allahyarham Yahya Longchik meninggal dunia pada usia 86 tahun / Foto ihsan FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,27 Mei - Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Yahya Longchik atas pemergian bekas penyampai radio dan berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu.

Allahyarham yang merupakanpenyampai berita TV dan radio terkenaldari 1960an hingga 1990an itu meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini.

Menerusi hantaran X hari ini,Fahmi menyatakan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia penyiaran negara.

"Sebagai antara suara dan wajah yang membentuk landskap berita TV dan radio tanah air menerusi@RTM_Malaysia,Allahyarham dikenang bukan sahaja atas gaya penyampaiannya yang berkarisma,tetapi juga atas dedikasinya terhadap mutu dan integriti penyiaran.

"Lebih daripada penyampai berita,beliau adalah simbol amanah,kredibiliti dan khidmat kepada rakyat," katanya.

Fahmi turut mendoakan agar roh Allahyarhamdicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Selepas bersara daripada RTM,Yahya menyertai Pos Malaysia pada 1990 sebagai Pengurus Kumpulan (Perhubungan Awam). - Bernama

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.