Cadangan nama Jalan Kadayanallur Tenkasi di George Town dibincangkan

2025-05-26     HaiPress

Foto BERNAMA

GEORGE TOWN 25 Mei- Cadangan untuk menamakan sebahagian jalan di George Town sebagai Jalan Kadayanallur Tenkasi dibincangkan dan akan dibawa ke peringkat jawatankuasa berkaitan untuk pertimbangan lanjut.

Ketua Menteri Pulau Pinang,Chow Kon Yeow berkata,cadangan awal lokasi jalan berkenaan telah dikemukakan dan pihak berkuasa tempatan akan meneliti kesesuaian sebelum keputusan muktamad dibuat.

"Saya telah berbincang dengan datuk bandar dan mencadangkan satu jalan yang dirasakan lebih sesuai.

"Sebagai Ketua Menteri,saya minta pihak Majlis Bandaraya mengambil tindakan yang sewajarnya agar cadangan ini dapat diangkat untuk pertimbangan jawatankuasa berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Enklaf Etnik Kadayanallur Tenkasi (EKT),di sini semalam.

Menurutnya,penamaan semula itu merupakan usaha simbolik bagi menghargai sumbangan komuniti Kadayanallur Tenkasi yang telah bertapak di negeri ini sejak lebih 200 tahun lalu.

Beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuh identiti budaya masyarakat minoriti yang menyumbang kepada kepelbagaian warisan Pulau Pinang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.