Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkukuh hubungan kerjasama

2025-05-26     HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,25 Mei- Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dijangka mengukuhkan lagi kerjasama yang semakin meningkat antara kedua-dua blok serantau itu.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina,Enrique Manalo berkata,ASEAN dan GCC setakat ini mencapai kemajuan yang baik.


"ASEAN dan GCC mencapai kemajuan baik dan hari ini kami mengadakan mesyuarat yang sangat produktif.

"Sidang kemuncak itu akan mengukuhkan lagi kerjasama yang semakin meningkat antara ASEAN dengan GCC," katanya kepada pemberita di sini,hari ini.

Terdahulu,Filipina bersama Kuwait mempengerusikan Mesyuarat Peringkat Menteri ASEAN dan GCC yang turut dihadiri oleh Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan dan menteri-menteri luar ASEAN.

GCC terdiri daripada enam negara anggota iaitu Arab Saudi,Emiriah Arab Bersatu,Qatar,Kuwait,Bahrain dan Oman.

Sementara itu,Manalo berkata,Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 esok akan membincangkan tentang usaha Myanmar dalam melaksanakan Konsensus Lima Perkara dengan berkesan.

Katanya,ASEAN turut konsisten dalam menyokong situasi kemanusiaan di Gaza,Palestin dan menekankan keperluan untuk menghormati undang-undang antarabangsa.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.