JS-SEZ: Enam bank antarabangsa, tempatan meterai LOI

2025-05-19     IDOPRESS

Menteri Ekonomi,Datuk Seri Rafizi Ramli / Foto RTM

KUALA LUMPUR,19 Mei – Enam bank utama,termasuk institusi kewangan antarabangsa dan tempatan,menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Kementerian Ekonomi hari ini bagi menyediakan kemudahan kewangan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Menteri Ekonomi,Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan pemeteraian LOI itu sebagai satu langkah awal yang penting dalam menjayakan visi ekonomi JS-SEZ yang lebih besar dan menyeluruh.

"Ketika kami dalam proses memilih bank,kami berbincang dengan berapa bank yang berpotensi dan kami menilai bank mengikut kesesuaian strategik dan kesesuaian pelanggan mereka dengan JS-SEZ.

Antara bank yang terlibat ialah Malayan Banking Bhd (Maybank),CIMB Bank Bhd,Bank of America,HSBC Bank Malaysia Bhd,Sumitomo Mitsui Banking Corporation,dan CGS International Securities.

Menurut Rafizi,pemilihan bank tersebut berdasarkan kekuatan jaringan mereka di rantau masing-masing,agar dapat memenuhi pelbagai keperluan pelabur dari seluruh dunia.

"Ideanya adalah untuk memastikan kami mempunyai bank antarabangsa yang besar untuk memenuhi keperluan perkhidmatan di setiap rantau.

"Jadi itulah sebabnya anda mempunyai CGS untuk pelabur China,Sumitomo Mitsui yang mencari Asia Timur dan kemudian kita juga mempunyai Maybank dan CIMB untuk klien tempatan dan serantau. Kami juga mempunyai Bank of America untuk Amerika dan satu bank Eropah",katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis JS-SEZ Partners Dialogue Advancing Facilitation di ibu negara.

Tambah Rafizi,kerjasama pelbagai bank dari pelbagai rantau mencerminkan keyakinan tinggi terhadap potensi ekonomi Malaysia serta memperkukuh peranan sektor swasta dalam pembangunan kawasan tersebut.

Jelasnya,penglibatan tersebut juga bakal merangsang penyertaan sektor swasta menerusi pengumpulan modal dan aktiviti perdagangan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.