JS-SEZ dijangka jadi enjin baharu pertumbuhan ekonomi negara-Rafizi

2025-05-19     IDOPRESS

Menteri Ekonomi,Datuk Seri Rafizi Ramli / Foto RTM

KUALA LUMPUR,19 Mei – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan potensi besar menarik pelaburan langsung asing (FDI),khususnya ke negeri Johor.

Menteri Ekonomi,Datuk Seri Rafizi Ramli berkata,pembangunan JS-SEZ bukan sahaja memberi manfaat kepada Johor,malah kepada kerajaan Persekutuan dan rakyat di seluruh negara menerusi hasil cukai dan peningkatan peluang pekerjaan.

“Bila pelabur-pelabur besar ini masuk,mereka akan membayar cukai. Mereka akan menyediakan peluang pekerjaan yang besar dan hasil itu bukan saja di Johor.

"Sebenarnya,hasil itu adalah kepada kerajaan Persekutuan dan daripada itu akan membantu Kerajaan Persekutuan memastikan pertumbuhan itu akan dapat dikongsi bersama,” katanya. demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis JS-SEZ Partners Dialogue: Advancing Facilitation di ibu negara hari ini.

Menurut Rafizi,kerajaan juga sedang merangka sebuah Pelan Tindakan JS-SEZ yang dijadual akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Pelan tersebut akan merangkumi hala tuju jangka panjang,strategi pelaburan,dan aspirasi pembangunan kawasan berkenaan.

“Berita baiknya ialah seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor,sebelum melancarkan sepenuhnya pelan tindakan,apa yang kita tahu tentang JS-SEZ ialah perjanjian antara kedua-dua negara dan insentif fiskal yang disediakan.

"Tetapi perincian lanjut mengenainya sedang dalam tindakan. Butiran yang lebih jelas akan dikeluarkan apabila pelan tindakan itu dilancarkan,mungkin enam,tujuh bulan ke depan,” katanya.

JS-SEZ merupakan kerjasama strategik antara Malaysia dan Singapura bagi mewujudkan sebuah zon ekonomi bersepadu,bertujuan memperkukuh jaringan pelaburan,perdagangan,dan pergerakan tenaga kerja antara dua negara jiran.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.